Tuesday, September 23, 2008

Galakan untuk pelajar

Salam.Ana di sini mahu mengambil kesempatan untuk memberi galakan kepada semua pelajar mahupun yang berpeluang untuk menyertai pertandingan2 yang berkaitan dengan penulisan.Untuk pengetahuan anda,Dewan Bahasa dan Pustaka ada membuat pertandingan tersebut.Yang menariknya,ia bukan sahaja terbuka kepada para pelajar.Malahan untuk para belia atau orang dewasa juga ada ketogarinya yang tertentu.Ana ada juga ingin menyertainya.Tetapi,ana masih lagi dalam proses.Anda berminat?Boleh rujuk sendiri di website DBP ataupun dengan membeli majalah Dewan Siswa.Jika anda mahupun pertolongan ana untuk mendapatkan maklumat.Insyaalah ana boleh menolongnya jika ana mendapat maklumat.Banyak manfaat kita yang kita peroleh dengan menyertai pertandingan seperti ini.
Antaranya,para pelajar dapat menguji kelebihan mereka dalam penulisan.Kemungkinan dengan ini juga anda di luar sana dapat mengasah bakat.

email ana bila-bila masa sahaja

sesiapa yang mahu menghubungi ana bolehlah ym ataupun tinggalkan komen dalam blog ana ini.
Hubungi ana:
*friendster-choon_hyang93@yahoo.com
*ym-choon_hyang20072000@yahoo.com

Ana juga ada di website2 artis nasyid kita.Antaranya,sahabatunic.Ana ada juga di mesticafc dan website inteam.Tetapi ana kurang aktif di sana.Ana juga ada di jalinanukhuwah.com.
Ana harap ana akan dapat ramai kawan-kawan.Umur bukan penghalang untuk kita menjalinkan ukhuwah.Sambutlah salam ukhuwah daripada ana.Ana dengan ikhlas ingin menjadi kawan anda.Harapnya kita semua akan dapat berkongsi maklumat yang bermanfaat dan insyaalah akan kita amalkan dalam menjalani hidupan seharian.Untuk teman-teman yang masih di bangku sekolah,ana harap kita dapat berkongsi maklumat memandangkan kita sama-sama menuntut ilmu.Pada pandangan ana,maklumat yang kita dapat kongsi dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran kita di sekolah masing-masing.Insyaalah.

Sunday, September 21, 2008

natural beauty

nak jadi cantik?ana ada jumpa petua.
1.Air wajah selalu segar,berseri-seri dan cantik,basuhlah muka minimum 5 kali sehari dengan air wuduk.jangan langsung mengeringkannya dan biarkan ia menitis serta kering sendiri.Lalu ambillah sejadah,solat,zikir dan berdoa.
2.Untuk menghilangkan stress,perbanyakkan 'olahraga'.Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat,kita menggerakkan tubuh.Lalu,tumpukan perhatian dengan mengabdikan kepada Allah
3.Untuk pelembap,agar awet muda,gunakan senyuman.Tidak hanya dibibir tetapi juga di hati.Jangan lupa bisikkan kata kunci "ALLAHUMA KAMMA HASSANTA KHALQII FAHASSIN KHULUQII"[Ya Allah sebagaimana Kau telah memperindahkan kejadianku,makaperindahkan pula akhlakku.].[hr Ahmad]-doa melihat cermin
4.Untuk memiliki bibir yang cantik,bisikkan kalimat2 Allah,tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,tidak menyombongkan diri atau takkabbur.
5.Agar tubuh langsing,mulus,diet yang teraturlah dengan berpuasa seminggu sekali Isnin dan khamis.Jika kuat,lebih baik puasa Nabi Daud as iaitu puasa selang sehari.Makanlah makanan halal,perbanyakkan sayuran,buah-buahan dan air masak.
Dan untuk yang terakhir.Untuk mengembangkan diri,sebarkan salam dan sapaan.Dengan demikian kita akan banyak kenalan dan disayang.insyaalah.
same2lah kita amalkan perkara di atas.heheh..Tambahan lagi untuk kaum wanita.
apa-apa pun seyogialah kita melakukan amalan yang mulia.selamat berpuasa.

tercipta sudah blog ana

ana buat blog ni actually saje2 mencuba tanpa pertolongan orang lain.yelah.orang lain anggap senang.Tapi bagi ana agak payah.lagipun ana masih baru dalam benda2 mcm nie memandangan umur ana sekarang nie.kepada kawan2 ana,cubalah buat.manelah tau kita bleh berkongsi maklumat atau pendapat.